KU MOHON KEREDHAANMU

KU MOHON KEREDHAANMU

Thursday, September 29, 2011

Syawal yang diakhiri dengan kesedihan

Satu pengajaran buat kita semua...Selalu kita berdoa agar kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang .Namun di bulan syawal yang mulia ini satu demi satu berita kematian datang menerpa...Yang paling menyayat hati kehilangan adinda Aswadi Ibrahim diusia 43 tahun yang merupakan anak ke 7 dalam adek beradek kami.Kematian mengejut pada 28 Syawal terlalu menyedihkan aku sekeluarga apatah lagi Syawal ini kami tiada kesempatan untuk berjumpa...buat arwah.. kak chu berdoa semoga Allah mengampuni dosanya & mencucuri rahmat keatas rohnya dan diterima segala amal2nya..ameen.

Buat anak2 & kawan2 semua..kematian tidak mengenal usia..Gunakan usia kalian untuk perkara2 yang bermenafaat dan diredhai Allah. Kata2 Tuan guru Nik Aziz Nik Mat.. Hidup regu (lawan) mati, seperti pagi regu petang. Dunia regu akhirat dan syurga regu neraka. Kesemuanya dicipta Allah mempunyai regu... yang tiada regu hanya Allah sahaja..."

"Kita semua merupakan tetamu... tetamu ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan hak kita dan tidak boleh suka2 buat apa yang kita mahu. Sebagai tetamu Allah SWT di bumi... sampai masa kita akan kembali kepada Allah.."

Seorang yang datang bertamu pasti merindui kampung halamanya...kita bagaimana???

Satu lagi kematian sahabat yang dikasihi akhi Sabri Ibrahim pada 30 Syawal 2011..selang sehari kematian adinda tercinta.Kami masih lagi teringat Hari Keluarga pada 17/9/2011 hingga 18/9/2011 di Paya Indah Wetland bagi mengeratkan ukhwah antara kami ..rupa2nya untuk meninggalkan kenangan bersama sahabat2 di KLS..Akhi Sabri yang banyak menghabiskan masanya utk kerja2 Islam dan bendahari Haluan telah redha untuk menemui penciptaNya..Teringat kata2 kak long beliau kepada saya.."Beliau dah bersedia untuk menghadapi kematian..."Ungkapan inilah yang sering diucapkan kepada kakaknya...dan mengikut cerita isterinya ..beliau seorang yang sentiasa menyebut tentang kematian...

Kedua2 kematian diakhir Syawal ini amat memilukan apatah lagi mereka ini orang2 yang hampir dengan kami sklrga..Adik yang dikasihi & sahabat yang rapat dan berada di kejiranan kami...Alfatihah buat arwah berdua...