KU MOHON KEREDHAANMU

KU MOHON KEREDHAANMU

Thursday, June 23, 2011

ANAK HARTA YANG TIDAK TERNILAI

Mengimbau kembali perkahwinan saya pada 7 April 1984 dengan lelaki yang tidak pernah saya kenali walaupun di institusi pengajian yang sama, amat terasa bahawa jodoh bukan mengikut kehendak kita. Perkahwinan yang didasari kerana Allah semata-mata dalam usia menjangkau 22 tahun, mengajar saya untuk membuat keputusan dalam menentukan apakah yang saya inginkan dalam kehidupan.

Saya mengorbankan kerjaya saya semata2 ingin bersama suami tercinta dalam membangunkan sebuah rumahtangga Islam yang sebenarnya walaupun pada masa itu bahan2 bacaan & contoh2 disekeliling adalah amat terhad. Boleh dikatakan sebahagian nya saya cedok dari pengalaman bersama kedua ibubapa saya & mertua.

Saya dari keluarga yang dibesarkan dibandar & berpendidikan sekolah Inggeris (as to say English educated) walaupun ayah saya seorg Polis & ibu saya seorg surirumah yg kuat didikan agamanya...Suami saya seorg 'kampung boy'..kehidupan dikelilingi pokok getah & alam semulajadi dan mewarisi sifat2 kesopanan orang melayu yang sebenar..kami dari latarbelakang yg berbeza..tapi itulah yang membuat hidup kami sempurna sehingga bertahan ke usia perkahwinan 26 tahun..iaitu saling lengkap melengkapi dan menerima pasangan kita seadanya

Saya banyak belajar dari suami saya..benarlah suami itu nakhoda bagi sebuah rumahtangga..Sifat sabarnya amat tinggi sesuai dgn namanya Sabarudin...saya anak Polis kadang2 nada suara dgn anak2 pun macam Polis dipadang kawat (masa anak2 kecil)..tapi suami saya selalu pesan..jangan tinggikan suara pada anak2..nanti anak2 akan tinggikan suara pada kita sbb ibubapa adalah contoh yang paling utama bagi anak-anak kecil...saya akur akan nasihatnya walaupun dalam hati memberontak...akhirnya sekarang saya pula berpesan pada anak2 saya agar berakhlak dgn anak2 mereka & gunakanlah kata2 yang elok sbb masa kecil inilah kita membentuk peribadinya..Bak kata pepatah "hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan untuk tatapan anak menantu saya.Betapa tingginya kurniaan Allah kepada setiap pasangan yg dikurniakan anak. Walaupun ibarat harta yang tidak ternilai namun ianya bukanlah boleh disamakan dengan material semata.Amanah ini perlu dipikul dengan bersungguh, dijaga dengan rapi,dibelai dengan penuh kasih sayang seiringan tarbiah islamiyah. Mana mungkin ibubapa yang tidak melalui proses tarbiyah mampu melakukan ini.....wallahua'lam


Monday, June 20, 2011

Setelah setahun berlalu...

Seringkali anak2 mengingatkan saya supaya menyambung tulisan didalam blog ini. Saya tersenyum mendengar rayuan mereka..Saya punya alasan tersendiri kenapa saya terhenti begitu lama.Sebenarnya saya terbaca buku Yusuf Qardhawi.."Aku & Ikhwan Muslimin" mengenai kehidupannya ..Apa yg saya rasa tersentuh ialah dia tidak teruja utk menulis tentang perjalanan hidupnya kerana 4 perkara..

1.Apabila menulis tentang diri sendiri mau tidak mau akan terwarnai oleh sikap membaguskan diri sendiri atau menghiasi diri sendiri dimata pembacanya...

2.Penulisan tentang diri akan mendorong orang mengatakan 'aku begini dan aku begitu' & ianya adalah kalimat yg dibenci dan awal kata buruk yg diucapkan iblis utk membanggakan diri sendiri...Kesombongan pada diri sendiri termasuk amal yg membinasakan..


3.Qardhawi merasakan apa yg ia lewati dalam fasa hidupnya bukanlah cerita2 yg luarbiasa .


4.Beliau tiada catatan harian yang ditulis lansung sebaliknya menulis pengalaman berdasarkan ingatan sahaja.

Akhirnya Yusuf Qardhawi menulis perjalanan & pengalaman hidupnya kerana meyakini banyak menafaat yg boleh diambil oleh para pembaca.Jika org lain yang menulis tentangnya pasti berbeda dengan tulisanya sendiri...Beliau memohon barakah Allah & cuba menyampaikan yang benar,jujur dan berusaha seimbang walaupun bicara tentang diri sendiri.

Dengan itu saya berharap apa yang saya tulis kelak Allah pelihara dari segala keangkuhan & ianya tidak lain sebagai satu pengalaman dalam mendidik anak2 yg mana hari ini makin terabai..Juga mungkin akan tercerita kisah2 dalam rumahtangga buat tatapan anak menantu agar dapat dijadikan garispanduan didalam melayar ibahtera rumahtangga...