KU MOHON KEREDHAANMU

KU MOHON KEREDHAANMU

Thursday, June 23, 2011

ANAK HARTA YANG TIDAK TERNILAI

Mengimbau kembali perkahwinan saya pada 7 April 1984 dengan lelaki yang tidak pernah saya kenali walaupun di institusi pengajian yang sama, amat terasa bahawa jodoh bukan mengikut kehendak kita. Perkahwinan yang didasari kerana Allah semata-mata dalam usia menjangkau 22 tahun, mengajar saya untuk membuat keputusan dalam menentukan apakah yang saya inginkan dalam kehidupan.

Saya mengorbankan kerjaya saya semata2 ingin bersama suami tercinta dalam membangunkan sebuah rumahtangga Islam yang sebenarnya walaupun pada masa itu bahan2 bacaan & contoh2 disekeliling adalah amat terhad. Boleh dikatakan sebahagian nya saya cedok dari pengalaman bersama kedua ibubapa saya & mertua.

Saya dari keluarga yang dibesarkan dibandar & berpendidikan sekolah Inggeris (as to say English educated) walaupun ayah saya seorg Polis & ibu saya seorg surirumah yg kuat didikan agamanya...Suami saya seorg 'kampung boy'..kehidupan dikelilingi pokok getah & alam semulajadi dan mewarisi sifat2 kesopanan orang melayu yang sebenar..kami dari latarbelakang yg berbeza..tapi itulah yang membuat hidup kami sempurna sehingga bertahan ke usia perkahwinan 26 tahun..iaitu saling lengkap melengkapi dan menerima pasangan kita seadanya

Saya banyak belajar dari suami saya..benarlah suami itu nakhoda bagi sebuah rumahtangga..Sifat sabarnya amat tinggi sesuai dgn namanya Sabarudin...saya anak Polis kadang2 nada suara dgn anak2 pun macam Polis dipadang kawat (masa anak2 kecil)..tapi suami saya selalu pesan..jangan tinggikan suara pada anak2..nanti anak2 akan tinggikan suara pada kita sbb ibubapa adalah contoh yang paling utama bagi anak-anak kecil...saya akur akan nasihatnya walaupun dalam hati memberontak...akhirnya sekarang saya pula berpesan pada anak2 saya agar berakhlak dgn anak2 mereka & gunakanlah kata2 yang elok sbb masa kecil inilah kita membentuk peribadinya..Bak kata pepatah "hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan untuk tatapan anak menantu saya.Betapa tingginya kurniaan Allah kepada setiap pasangan yg dikurniakan anak. Walaupun ibarat harta yang tidak ternilai namun ianya bukanlah boleh disamakan dengan material semata.Amanah ini perlu dipikul dengan bersungguh, dijaga dengan rapi,dibelai dengan penuh kasih sayang seiringan tarbiah islamiyah. Mana mungkin ibubapa yang tidak melalui proses tarbiyah mampu melakukan ini.....wallahua'lam


4 comments:

  1. Assalamualaikum
    Terima kasih Puan atas penulisan artikel ini...:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Jazakillah ummi atas nukilanmu itu...kdg2 tidak tersampai pd yg lain kerana kurangnnya makan garam atau pengalaman...Jadi bila ummi menulis, mungkin lebih mudah utk org muda sprt kami memahaminya dan menghadamnya sebaik yg mungkin...pengalaman itu sgt berharga kn...dan sgt mahal...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..kita yg muda ni belum nampak hakikat sebenar dan hikamah dalam pentarbiyahan anak2 yg betul2 masih kecil, pengalaman mcik adalah sbg peringatan buat kami :)) syukran atas penulisan..

    ReplyDelete
  4. salam..
    terima kasih puan..artikel ini boleh menjadi n menyedarkan saya. ibu yang masih perlukan ilmu dan bimbingan.

    ReplyDelete