KU MOHON KEREDHAANMU

KU MOHON KEREDHAANMU

Monday, October 3, 2011

AMANAH MENDIDIK

Kematian adindaku sebenarnya meninggalkan amanah utk kami sklrga laksanakan.Lima cahayamata berusia 8thn hingga 16thn kini bergelar anak yatim.Mereka mesti dididik agar mentaaati Allah & sentiasa mendoakan arwah ayahanda mereka.Saya akan cuba mendidik mereka sebagaimana saya mendidik anak2 saya.

Dalam pendidikan anak2 ini tiada satu teori ataupun procedure yang sebenarnya utk diaplikasikan.Sekadar membaca buku tarbiyatul aulad sebagai garis panduan dan mengutip pengalaman ibubapa dan sahabat2 yang telah melaluinya.Sudah tentu rumahtangga Rasulullah SAW menjadi contoh tauladan.Yang paling utama mendidik anak mentaati Allah & Rasulnya..Seandainya kita tersasar atau terbawa2 dengan cara kehidupan jahilyah yang telah kita lalui semasa membesar, kita akan muhasabah kembali bersama pasangan kita untuk melaksanakan yang terbaik disamping merujuk kepada mereka yang arif tentangnya..

Menghukum anak
Umpamanya dalam menghukum anak.Suami saya selalu berpesan agar jangan menghukum anak ketika kita sedang marah kerana syaitan akan mempengaruhi kita.Nyata dia menghukum anak dengan menyebut nama Allah & dalam keadaan sedar.

Jangan ambil hak orang
Saya pernah memarahi anak sulung saya (Muhammad Shakir)kerana menukar pensil warna miliknya dengan seorg kawan sehingga dia menangis dan hampir2 tidak bernafas..Saya panik dan dengan satu cucukan diperut saya suruh dia bernafas..Tidak berniat utk menakutkannya tapi dia tahu bahawa saya tidak benarkan barangan org lain berada didalam rumah saya tanpa izin saya & demi mengelak sifat2 suka mengambil hak orang lain seperti yang sering berlaku hari ini..

Meminta Izin
Biasakan anak2 kecil meminta izin jika ingin bermain dengan permainan anak2 sahabat kita atau bersama adek beradek..

Disiplin
Kanak2 memang suka bermain tetapi ada batasnya..jangan benarkan anak2 bermain sehingga ke bilik tidur tuan rumah.Anak2 jiran saya pernah bermain diatas tempat tidur saya & tiada larangan dari ibunya.Mungkin dirumah mereka juga biasa bermain diatas katil ibubapa mereka.Adab ini perlu dijaga sbb tempat tidur adalah sangat privacy..Anak2 kecil dilatih memberi salam untuk masuk kebilik ibubapa..dikhuatiri terlihat perkara2 yang tidak sepatutnya..

InsyaAllah akan saya kongsikan seterusnya ...buat ibubapa muda diluar sana..