KU MOHON KEREDHAANMU

KU MOHON KEREDHAANMU

Sunday, April 25, 2010

satu permulaan....

Saya terpanggil utk buat blog dgn judul tarbiyatulaulad setelah kedua2 anak perempuan saya mendirikan rumahtangga dan masing2 mempunyai anak. Pengalaman membesarkan anak2 saya Muhammad Shakir (25) Mawaddah (24) Balqis(21) dan Baihaiqi(17) ada pahit manisnya. Oleh itu saya titipkan setiap yang saya lalui dalam membesarkan mereka dengan harapan bahawa mereka akan mendidik anak2 mereka lebih baik dari yang telah saya lalui.



Saya mengutip pengalaman ibu saya ..walaupun beliau tidak berpelajaran tinggi tetapi latarbelakang agamanya kuat. Kami sembilan beradik sangat takut dengan ibu. Akhlak kami & pergaulan kami sgt dititikberatkan. Masih terngiang kata2 ibu saya tatkala saya memarahi anak2 saya masa kecil ..'jangan le garang sgt mcm mak..zaman mak takde Fadzilah Kamsah, takde Hasan Ali'. Sungguh bermakna kata2 ibu saya dengan ertinya didiklah anak kamu mengikut zamannya..



Hari ini buku tarbiyatul Aulad menjadi rujukan. Ceramah pendidikan anak2 seringkali diadakan..terserah kepada sejauh mana kekuatan ibubapa melengkapkan diri mereka dengan ilmu2 ini. Pendidikan anak2 ini wajib kerana ia menentukan kita masuk syurga atau neraka.....

1 comment:

  1. jazakillah ummi krn mendedikasikn blog ini buat rujukan kami anak-anak ummi ini...moga kita sama2 dpt manfaatnya..kami juga menyedari kepentingan tarbiyyah ini dek kerana ummi abah yang selalu memberi penekanan tentangnya...bersyukur kan ummi, kita semua punya satu hasrat, hajat dan matlamat yang sama...

    selamat berkongsi pengalaman ya ummu shakir..

    -ummu `ukasyah-

    ReplyDelete